Aftermath Of Album Satu Launching


Pada tanggal 28 Mac 2009 yang lalu, Shazrecords telah melancarkan album kolaborasi dua negara antara Singapura dan Indonesia bertempat di Dewan Singgahsana Kampung Melayu, Geylang Serai. Album yang dinamakan “Album Satu” ini telah dapat menggabungkan artis-artis seperti B8 dan Zynal dari Singapura, Gasing dan Adeq Indah dari Indonesia.
DJKC selaku hos pada malam itu membuat semua yang hadir terhibur dengan keramahan dan kelucuan beliau. Ramai yang hadir dengan niat dan tujuan memberi sokongan kepada artis-artis di bawah naungan Shazrecords. Tetamu-tetamu istimewa Encik Fahmi Rais dari Majalah Selebriti/TV Sensasi dan DJ Ria yang terkenal Fiza O juga turut hadir sama dan ini lebih menyerikan lagi majlis malam yang gemilang itu.
Persembahan dibuka dengan tarian Kuda Kepang dan tarian traditional Indonesia dinamakan tarian Jaipong. Zynal membuat persembahan per tama dengan tiga buah lagu yang berjudul Dah Di Bilang, Tajul Ariffin dan single terbarunya Lelaki Paling Setia secara akustik . Setelah itu giliran Gasing pula menyumbangkan sebuah lagu single mereka Perawan Tua yang mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin kerana kelincahan penyanyi Gasing, Reimy diatas pentas. B8 membuat persembahan sebagai penutup tirai dengan sumbangan tiga buah lagu bernama Sahabat Cinta, MJ12 dan Kau Selingkuh. Pada malam itu juga B8 membuat satu kejutan kepada para hadirin dengan memperkenalkan saorang lagi anggota baru B8 iaitu Boi dan kini dari bertiga, B8 sudah ber “empat“.
Malam yang sungguh meriah itu tidak berakhir disitu sahaja, selepas acara pelancaran, peminat-peminat diberikan kesempatan bergambar bersama artis-artis Shazrecords termasuk juga sesi tandatangan mereka.
Shazrecords ingin megambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja-penaja dan semua mereka yang terlibat secara langsung atau tidak bagi acara pelancaran ini. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar dan Insyallah “Kalau ada Satu pasti ada Dua dan Tiga dan seterusnya” Terima Kasih.

0 comments:

Post a Comment

Komen Anda Diperlukan